Those who believe (in the Oneness of Allah, and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.
Surah Ar-Ra’d [The Thunder], Verse 28
internet laju. mata masih tak mengantuk. dan. tiada siapa nak temankan. namun. aku puas. puas lepas dapat luah masalah aku. terima kasih kawan. aku bukanlah sekental datin marina yang mampu mendaki gunung everest seorang diri. sungguh hati aku mudah rapuh sekarang. masalah yang aku alami. tidak pernah terlintas secepat ini. nampaknya pintu hati mula terbuka. kuncinya masih tergengam erat mungkin.kerana aku sendiri masih tertanya-tanya. benarkah kau si pembuka misterinya. namun aku yakin. dan pasti akan terus menanti..
aku perlukan seseorang. aku perlu luahkan. ya benar, mengadu kepada Allah adalah yang paling utama. Dialah the most loyal listener. dan tiap-tiap hari aku berdoa.moga dipermudahkan segala. tunjukkan aku jalan yang sebetulnya. kerana aku insan biasa. yang lemah dalam mainan perasaan. dan Dia memberi ruang akhirnya. seorang kawan yang memahami. sudi mendengar luahan aku hampir berjam-jam sampai pukul 3 pagi. kadang-kadang, tubir mata ini tidak dapat menahan takungan yang sememangnya ego untuk aku lepaskan. aku seka mutiara itu. tidak. aku mesti kuat. aku tau. dia mesti perasan gelodak hati aku tika itu. mata yang merah. nada yang tersekat-sekat. pandangan yang cuba dialihkan agar tidak bertentang. sungguh. aku masih punya sedikit kekuatan. just let it out during your shower, gurl.
aku menceritakan.tanpa segan silu. perasaan yang membelenggu aku. ya. aku keliru. keliru dengan layanannya. masihkah ia sama seperti dulu. jika ya. kenapa ia ketara berbeza. jangan menabur janji. kerana ia dibawa sampai mati. setahun lebih. masa yang bukan sekejap. dan dalam tempoh itu. kedatangan kau membawa kesan. mungkin tidak terlihat dengan pandangan kasar. tapi cukup tersentuh dengan perasaan yang halus ini. dan buat pertama kali. aku tersungkur dalam kancah ini. mampukah kau mengotakan janji-janji dahulu. membimbingku ke jalan yang diredhai..moga kau mengerti..