stand still
kerana aku seorang kakak
Posted on @10.2.11 with 0 cream.s

kerana aku seorang kakak
baran aku mesti dikawal
sedih aku mesti disembunyikan
sakit aku mesti ditahan

kerana aku seorang kakak
masalah mereka masalah aku
masalah aku masalah aku
mesti pandai membuat keputusan

kerana aku seorang kakak
biar berlapar asal mereka kenyang
biar menangis asal mereka gembira
biar berkorban asal mereka berjaya

kerana aku seorang kakak
manja aku ada batasnya
marah aku mendidik mereka
air mata aku kekecewaan mereka

kerana aku seorang kakak
manakan sama dengan no 2,3, atau 4
manakan sama perangai dirumah atau dimaktab
tak kan sama walau dipinta

kerana aku seorang kakak
teguh berdiri menabur bakti
senyum selebar penawar hati
tawa riang pengubat diri

kerana aku seorang kakak
akan aku terus berlari
menggalas tanggungjawab
yang sedia menanti


tak kan mungkin sesiapa memahami
kerana aku seorang kakak
dan betapa
aku sayang mereka.


poka2 : mengarut tah pape.. =,=''


belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post