Those who believe (in the Oneness of Allah, and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.
Surah Ar-Ra’d [The Thunder], Verse 28
apabila sesi soal jawab dibuka kepada umum, soalan yang diterima memang menepati ramalan. antaranya..
soalan : bagaimanakah apabila seseorang itu telah terlajak bercinta? apakah yang perlu dilakukannya?
ustaz : terlajak perahu boleh diundur. terlajak bercinta teruskan. haha. kalu dah terlajak bercinta, tak perlu la sampai nak berpisah dan bermusuh untuk menjernihkan keadaan. sebaliknya, tangani dengan baik dan bijak. kawal hati.
soalan : adakah istilah cinta islamik ustaz?apakah tanggapan apabila ada sesetengah yang bercinta tapi seperti menggunakan bahasa panggilan anta-anti?
ustaz : cinta islamik? ada ke? erm..cinta yang sebenar ialah cinta yang bertunjangkan kepada perkahwinan. apabila seseorang tu jatuh cinta, tak kira la guna panggilan anta-anti ke, awak-saya ke, abang-sayang ke, kalau dia betul-betul menginginkan perkahwinan, itulah cinta yang sebetulnya. semua orang ada rasa ingin bercinta tu, tapi ia bergantung atas niat individu tu pulak. kalu sekadar suka-suka,memang tak akan bertahan lama. yang seeloknya, bercinta apabila berumur 23 tahun ke atas. kerana masa itulah cinta yang matang untuk lelaki dan perempuan.
banyak lagi soalan-soalan yang dibincangkan. dan semuanya sangat-sangat menyenangkan. soal hati dan perasaan. biar diri sendiri yang tentukan.