stand still
aku budak maktab
Posted on @7.8.11 with 0 cream.s
meghabiskan hujung minggu bulan puasa di maktab. memang hebat. plan asal nak balik sebenarnya. tapi selepas dipujuk abah yang mengatakan " baik la awak simpan duit tu beli makanan daripada beli tiket yang mahal tu. buat letih tubuh je nanti. cuti pon dua tiga hari je..". abah, saya nak balik demi abah tau!! sedih aku beb. dah la tiket raya dah abeh. nak balik weekend pon tak menjadi. yela. tiket aku kangar-dungun RM64. pegi balik dah jadi RM128. mana tak haru..botak kepala kalau weekend dua hari pon balik. *moarning* tak apa la. demi family tercinta apa-apa pon no hal. kakak sulung mana boleh nangis kan?

so, apa nak buat kat maktab? pandai-pandai la hidup. selagi bernyawa manfaatkan sebaiknya. semalam balik je terawikh aku and the gang terus merempat tengok movie citer FLAT 3A. kasi tutup lampu. sorang-sorang pegang bantal. buat ala-ala wayang gitu. terjerit-jerit bila ada hantu. rating stori aku bagi 3 kot. boley la ~ pastu aku balik bilik. sambung baca novel yang tak khatam-khatam lagi walau dah hampir dua bulan baca. pastu terus tido. heaven. habis ari jumaat. 

hari ni sabtu. akhirnya selepas dua hari, hari ni aku berjaya bangun sahur. tahniah untuk aku! tapi sebenarnya aku pesan kat adik aku suruh tolong kejutkan. haha. bangun pagi-pagi aku nak amalkan tak nak tidur lepas subuh dah. orang kata pintu rezeki dibuka seluas-luasnya selepas subuh, so tepuk dada tanya jantung. pagi ni ym dan skype jadi mangsa kekejaman aku. berborak sakan dengan sorang kawan sampai tak ingat dunia. tapi serius aku lega. lega bila ada kawan yang sudi dengar dan bagi nasihat. thanks! *now i know u're reading this* pastu aku sambung berskype ngan adik-adik kat rumah plak. terasa dihargai disini. ala-ala study kat oversea gitu. maklum la. nak buat wish hari raya dari perantauan. haha. 

hari ni aku ada blogwalking dan terjumpa satu ayat yang kawan aku tulis. aku tak tahu dia tuju kat siapa. tapi sedikit sebanyak aku terasa juga tempiasnya. aku rasa aku tak layak untuk nasihat sesiapa. yela, diri sendiri pon tak berapa nak lengkap lagi. aku rasa. aku dah penat...

p/s : bersihkan hati. untuk tebus kembali dosa-dosa silam.
p/s : kawan aku pesan, "belajar la melepaskan..."
p/s : the man who decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh. gali. dig it's inner meaning. people changes. cause they know they have to.




belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post