stand still
escapism
Posted on @15.10.11 with 0 cream.s
apa kau akan buat bila semua kenangan lama muncul kembali? lari sembunyi bawah selimut? tu pengecut namanya. hari ini aku teringat semua memori lama. ok tipu. sebenarnya tiap-tiap hari aku teringat. dah terbiasa. dulu-dulu haru jugak. tapi lama-lama,kau akan belajar jadi matang dengan sendirinya. ada satu ayat yang aku baca : 


Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.


...................................................

Ketika Allah rindu pada hambanya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian...

Dalam hadith qudsi Allah berfirman:

“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”
(HR. Thabrani dari Abu Umamah)


Abu Said dan Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Nabi SAW. bersabda: 

“Seorang muslim yang ditimpa penderitaan, kegundahan, kesedihan, kesakitan, gangguan, dan kerisauan, bahkan hanya terkena duri sekalipun, semuanya itu merupakan kafarat (penebus) dari dosa-dosanya.''
~H.R. Bukhari dan Muslim~


aku belajar menerima. dan dengan itu,aku belajar juga memberi. umur makin meningkat. muka makin berkedut. think a step ahead. aku perlu mulakan perubahan. Allah tak akan merubah nasib seseorang itu kecuali dia sendiri yang merubahnya. aku doakan yang terbaik buat kau,aku dan mereka. mungkin ada hikmah-Nya. kerana Allah masih sayang kita. bersyukurlah.

p/s : you choose, live hell or live well? 


belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post