stand still
1433 H
Posted on @27.11.11 with 0 cream.s
salam maal hijrah. tahun baru bermakna buka buku baru. perkara yang dah lepas, biarkan tersimpan rapi dalam lilitan memori. aku mulakan tanggal 1 Muharam ini dengan seribu kesyukuran kerana masih diberi kesempatan bernafas dan beribadat kepada Allah. umur pun baru saja genap 21 tahun. bertambah usia bermakna makin dekat kita dengan kematian. sambutan hari jadi bukan sekadar meniup lilin, makan kek atau menerima hadiah. ia sebagai peringatan   betapa cepat masa berlalu dan sejauh mana tingkat iman kita. makin bertambah atau berkurang? atau masih pada paras yang sama ketika sambutan birthday yang lepas? muka makin berkedut, uban makin bertambah, dosa pun kian menggunung. aku jejakkan kaki dengan penuh rasa rendah diri ke dalam rumah Allah, memohon keampunan atas segala kekhilafan aku sepanjang tahun yang lepas. dan yang lepas. lepas..dan semoga dengan kedatangan tahun yang baru ini dapat memberi seribu pengertian baru dalam hidup aku. dosa tu kalau dihitung memang tak terkira. aku tahu aku banyak lalai. dan dengan kelalaian itu aku syukur sebab Allah masih membuka pintu taubat buat aku. masih diberi kesempatan untuk sedar. kerana itulah tanda kasih dan sayang Allah pada umatnya. peringatan Allah tu datangnya melalui pelbagai cara, sama ada kita nampak atau tidak dengan peluang tersebut. dan dengan setiap kesusahan pasti akan dianugerahi dengan kesenangan kelak. sungguh, hikmah itu ada terselit di sebalik setiap kejadian. salam perubahan buat diri aku dan semua. insyaAllah,moga terus istiqamah. 


p/s : mana ada pelangi tanpa hujan kan? =)


belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post