Those who believe (in the Oneness of Allah, and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.
Surah Ar-Ra’d [The Thunder], Verse 28
nak tahu satu rahsia aku? aku tak suka blogwalking. dan aku tak berapa gemar follow blog orang. sebab aku tak nak identiti aku diketahui umum. tapi bila aku dah terjumpa satu blog yang menarik, memang aku akan stick terus. dan terus follow. tapi dengan identiti anonymous ja. tak tahu apa masalah aku. tapi aku bajet nak jadi macam detektif. jangan salahkan cerita detective conan ataupon CSI. aku memang agak misteri. better jauhkan diri. haha. hari ni aku rajin plak nak usha2 blog orang. yela, lepas kecewa bola kalah dengan bahrain. 3 gol dalam masa 6 minit? wtfish! padahal nak tahu tak,sebelum gol pemusnah tu aku duk melepak dalam bilik kejap. konon2 selesa la malaysia dah lead 2-0. aku keluar p smbung tgok ja terus gol bahrain yang pertama masuk, daripada aku duk berdiri terus aku duduk ats kusi. pastu masuk lagi gol kedua. tak sempat nak telan air liur, sumbat plak gol ketiga. pergh. memang aku terus masuk bilik balik lepas tu. on9 lagi bagus la macha! gua panas tahu tak ! baru plan nak beli jersi malaysia. okeh2, terlebih emo plak. haha. pape pon malaysia dah buat yang terbaik tadi. macam dah lari tajuk ja. tapi tula nk dijadikan ceta mcm mna smpai aku boleh TERblogwalking malam ni. terima kasih harimau muda. tula aku dh ckp, setiap yg berlaku tu ade hikmah dya. erk, ade kaitan ke? ahaks
aku ada terjumpa satu blog yang menarik. antara isi entri dya, "jodohmu ada ditahajjudmu" :
Imam al-Mubarakfuri berkata :
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."
Jadi, tenang sahajalah menanti jodoh yang baik itu akan datang sendiri hasil dari usaha tahajjud yang berterusan dan istiqamah. Ikhlas kerana Allah Ta'ala. Jangan buat kerana jodoh semata-mata ya. Usaha sebenar adalah usaha kita minta dengan DIA, bukan dengan merayu kasih pada si dia-si dia hanya kerana hati gelisah mahu hidup berteman. Hati gelisah takut si dia yang kacak terlepas, takut si dia yang cantik jatuh ke tangan orang. Minta dengan Allah, Allah bagi segala. Cepat atau lambat bukan kita penentu. Jodoh adalah sunnatullah. Sunnatullah tidak boleh digesa, tidak boleh dilengahkan bila sampai masanya.