fuh. baru selesai mengucapkan wish birthday kepada kawan. puas rasa hati bila dapat menggembirakan orang yang tersayang. sesuatu yang tak dapat dijelaskan dengan kata-kata bila orang yang kita sayang mengukirkan senyuman walaupun kita dalam situasi yang macam mana sekalipun. as long as you happy, i'm happy. is it nice? ahaks.
minggu cuti persekolahan terasa begitu pantas berjalan. tinggal seminggu saja lagi sebelum segalanya bakal dimulakan dengan rutin tahun kedua pengajian pula. cuti aku kali ni agak terisi dengan pelbagai aktiviti kekeluargaan rasanya. teringat hari pertama cuti bermula, jejak kaki kat dungun je terus berangkat ke rumah mak sedara sebab ada kenduri kawin. selang beberapa hari bersamaan tarikh 25 nov ( besday aku ! ) berkumpul pulak dekat rumah arwah moyang untuk majlis tahlil arwah. memandangkan aku dah berumur 21 tahun time tu, jadi HARUSLAH mencampuri urusan orang dewasa untuk segala kerja-kerja di dapur. program diteruskan pula dengan majlis naik Al-Quran untuk adik aku yang no 7 dengan sedikit pembahagian nasi kunyit kepada budak-budak mengaji, guru mengaji dan jiran tetangga. kesibukan terus mengisi jadual aku apabila adik aku mengajak aku untuk join dia berkerja sebagai *dotdotdot*. pelbagai pengalaman lucu, seram dan tertekan dikutip sepanjang menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.
seterusnya aktiviti diteruskan dengan kedatangan roomate aku yang tersayang jauh dari sungai petani kedah. dia berkampung selama 3 hari di rumah aku dan aku secara automatik juga terus dilantik menjadi tour guide tak bertauliah bagi mengenalkan tempat2 menarik di seluruh dungun. owh tak dilupakan, kami juga pergi tengok wayang cerita * dotdotdot*. cuti sekolah disambung lagi dengan menuju ke selatan tanah air untuk menghantar adik aku yang no 2 sambung belajar. kami check in di rumah adik ayah aku yang menetap disana. yeyeye, cuti sekolah hujung tahun memang tak pernah lepas dengan musim tengkujuh. bezanya kali ni musim tengkujuh agak lama dan menakutkan. jalan di kawasan pantai retak sebab dihempas ombak besar, benteng runtuh, tebing pasir terhakis. kalau tengok ombak pada waktu ia sedang 'menggila' sekarang, kamu akan sedar betapa besarnya kuasa Allah dan betapa kerdilnya kamu. Subhanallah. takut.
cuti diteruskan dengan menghantar abah pergi kerja dan abah akan balik pulak mungkin tahun depan. tak tahu sempat ke tak sebelum aku pergi ke maktab. sobsob. jadi dengan itu sebahagian besar tanggungjawab berpindah ke bahu aku selaku anak sulung. bangun pagi buat/cari breakfast, marah adik sebab bangun lambat, kemas rumah, hantar adik pegi kelas tambahan,cari barang dapur kat pasar or pasar raya, bawak adik pergi playground, pergi rumah nenek, teman mak pergi rumah kawan, teman nenek lawat orang sakit, pergi pejabat pos, bayar bil, pergi pasar malam, lepak ngan kawan2, membebel, dan sebagainya. semalam pergi lepak rumah jiha, hari ni pulak berpeleseran dekat bandar ngan bestfriend and adik2 aku dan sekarang aku baru saja selesai buat *dotdot* dengan adik aku no 3 dan 5 sebab esok ade kawan mak aku nak datang rumah. esok juga aku plan nak pergi check gigi *benda yang aku paling tak suka*. program cuti sekolah bakal disambung lagi dengan aktiviti membuat bubur asyura beramai-ramai di rumah nenek aku hari jumaat ni. dan lepas tu sepupu aku pulak nak kawin. dan lepas tu lepas tu lepas tu...and the list goes on...
ingat 5 perkara sebelum 5 perkara :
1. sihat sebelum sakit
2. muda sebelum tua
3. kaya sebelum miskin
4. lapang sebelum sempit
5. hidup sebelum mati
bubblenote : gunakan dan hargailah setiap masa dengan sebaiknya.
bubblenotes : sebab2 kat atas ni lah aku kurang on9. and it feels good. :)
.