i have you. and them.
pernah alami tak situasi bilamana kita tak berapa kenal pon seseorang tu tapi tiba-tiba je jadi rapat ? dulu tengok kerlingkerling pakai hujung bulu mata je, sekarang duduk bertentang sampai boleh nampak warna anak mata ? dulu senyum malumalu je, sekarang ketawa sampai terpercik air liur ? oppss. tapi aku rasa aku sedang alami benda tu sekarang. wuuu. romantik tau. tah macam mana, kami jadi rapat. betul la, setiap yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya.
pertemuan kami unik. sebab ia bukan bermula ditaman bunga ataupun di mana-mana taman permainan, tapi bermula dilaman sembang ym. dari ym, kami mula mengambil langkah untuk bertemu empat mata. dan sejak cuti, walau berjauhan, aku rasa dia seorang yang suka mengambil berat, memahami dan matang. dia kerap bertanya khabar aku. mengucapkan selamat malam. dan kami berkongsi cerita saban hari dan tiap ketika. sampai aku tengah goreng ayam pon aku boleh tersengih-sengih sambil balas mesej dia. sweet kan kami ?
dua tiga hari lepas kami keluar makan samasama. ini first time aku keluar berdua je dengan dia. sebelum ni kami selalu keluar ramairamai dengan kawan-kawan lain. mula-mula aku rasa berdebar jugak, tapi go on jela kan. kami makan dan sembang sampai lewat malam jugak. maklum la, kami xdak komitmen lagi, boleh la lepak2 buang masa 3 jam 4 jam. dia banyak tahu minat aku (aku rasa dia stalk aku la! haha) sebab dia tahu aku suka benda tu, aku suka benda tu dan aku suka benda tu. concern nya dia ! aku rasa aku dah jatuh hati dekat dia. tapi, masalahnya...
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
oh demm, dia PEREMPUAN ! :p
terima kasih Tuhan, kerana temukan aku dengan dia.
"Kadang-kadang Allah turunkan hujan, ditambah dengan guruh, siap dengan kilat lagi... kita tertanya-tanya Kemana perginya matahari? Rupanya Allah mahu memberikan kita pelangi yang indah."
 |
| ni gambar pelangi yang aku snap time jalan-jalan petang semalam. comei kan? |
Begitulah indahnya berukhwah, andai diikhlaskan kerana Allah. Pasti Allah menghadiahkan kita seseorang yang dapat membuat kita tersenyum ketika dalam kesedihan.
bubblenote : Alhamdulillah.
for everything, terima kasih kawan.
.