stand still
sayang ma
Posted on @26.1.12 with 1 cream.s
petang tadi pergi pasar malam. dengan mak dan adik2 perempuan sahaja. (mizie dapat exception) girl's day out mungkin. 

jalan2 je terus nampak orang jual baju muslimah. masuk jap belek2. semua cantik. jalan2 lagi nampak pulak orang jual tudung. berhenti. usha2. mak beli satu. efa beli satu. aku pon rembat satu. sambung jalan nampak keronsang. berhenti lagi. mak beli keronsang. aku pon beli satu. efa pon beli jugak. jalan2 lagi nampak beg polkadot. cantik. usha harga. teringin nak beli. tapi, mak tak bagi. mak kata membazir. mak kata beg dah banyak. beli benda yang perlu sahaja dulu. mak suruh jimat cermat. tapi mak..beg tu cantik. aku tak membantah. tapi aku buat muka. terus aku jalan dengan elisyaa. laju ke depan dua orang je. 

masuk bahagian makanan. mak tanya nak beli apa. aku kata tak tahu. jalan lagi. sampai bahagian jual2 nasi. berhenti. mak beli lauk. aku usha harga nasi kerabu dengan makcik penjual tu. tapi tak beli. sambung jalan. beli coconut shake. beli popcorn mizie. beli murtabak. beli kuey toew goreng. tetiba je berhenti bahagian nasi lagi. mak beli nasi kerabu. dan bagi kat aku.

" kalau nak kenapa tak beli.. "

sebak. 

pastu nampak jeli kelapa. kata kat mak nak jeli kelapa. mak bagi beli.

sebelum balik lalu sekali lagi tempat jual baju muslimah tu. aku kerling kedai tu. mak tanya nak beli ke. aku kata.........nak. mak bagi beli . aku beli satu.

sebak lagi.

aku tau mak cuba pujuk aku. aku tau mak perasan aku buat muka tadi. aku tau mak dapat detect aku terasa sebab kena tegur.

maafkan saya mak. saya cepat terasa kalau mak yang tegur. saya cuma nak bermanja dengan mak. saya sayang mak ketat2...



notabuih : makin tua makin cepat terasa. mana hilangnya kekebalan anak sulung aku ?
notabuihh : sekadar renungan klik sini



belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post