stand still
bulatan gembira
Posted on @24.2.12 with 0 cream.s
" ujian adalah tarbiyah dari Allah, apakah kita kan sabar ataupun sebaliknya.. " Kehidupan - In-Team duet Nazrey,Raihan 


Alhamdulillah. Usrah minggu ini berjalan dengan lancar. Antara pengisian semalam berkisar tentang :


1) Tadabbur ayat Al-Quran, Surah An-Anfal ayat 62-75. 

- Al-Anfal bermaksud Harta Rampasan Perang. Secara ringkasnya, ayat dalam surah ini menceritakan    tentang hak umat  Islam ke atas harta rampasan perang, hukum perang dan hal-hal yang berhubungan dengan peperangan pada umumnya. Menurut riwayat Ibnu Abbas, surah ini diturunkan berkenaan dengan perang Badar yang terjadi pada tahun 2 H


فَكُلُواْ مِمَّا غَنِمْتُمْ حَلاَلاً طَيِّباً وَاتَّقُواْ اللّهَ إِنَّ اللّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ
Maka makanlah dari sebagian rampasan perang yang telah kamu ambil itu, sebagai makanan yang halal lagi baik, dan bertakwalah kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. ( Ayat 69-70)


وَإِن يُرِيدُواْ أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللّهُ هُوَ الَّذِيَ أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ
Dan jika mereka bermaksud menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjadi pelindungmu). Dialah yang memperkuatmu dengan pertolongan-Nya dan dengan para mu'min. (Ayat 62-63)

Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.


2) Pembelajaran Tafsir Surah An-Nazi'at  (Ayat 27-46)

- Menerangkan tentang tanda-tanda kekuasaan Allah S.W.T menerusi penciptaan alam semesta, gunung-ganang, siang dan malam dan langit dan bumi. Petikan surah ini juga menyentuh tentang Malapetaka Besar yakni Hari Kiamat


وَأَمَّا مَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ وَنَهَى النَّفْسَ عَنِ الْهَوَى
Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya. (Ayat 40-41)


Tadabbur adalah aktiviti merenung dan meresapi makna yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim. Sedangkan tafsir adalah menjelaskan makna dan kandungan yang ada pada suatu ayat. Bezanya adalah yang satu merenungkan atau meresapi sedangkan yang lainnya adalah menjelaskan. Hampir sama, meskipun tetap ada bezanya.

Ketika Allah SWT berbicara tentang orang yang tidak mendatabburi Al-Quran Al-Karim, disebutkan bahwa orang itu hatinya ada penutup, sehingga tidak dapat meresapi dan menghayati apa yang terkandung di dalam Al-Quran Al-Karim itu 
[Muhammad, 47:24].


3) Hadis ke-3; Rukun dan Tunggak Islam

Dari Abu Abdurrahman, Abdullah bin Umar bin Al-Khottob radiallahuanhuma dia berkata : Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda : Islam dibangun diatas lima perkara; Bersaksi bahwa tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah dan bahawa nabi Muhammad pesuruh Allah, mendirikan solat, menunaikan zakat, melaksanakan haji dan puasa Ramadhan. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Hadis ini secara khususnya menerangkan tentang kewajipan umat Islam untuk mengetahui Rukun Islam dan mengamalkannya. Rukun Islam ada lima perkara iaitu;

1- Mengucap Dua Kalimah Syahadah
2- Sembahyang 5 waktu sehari semalam
3- Menunaikan zakat
4- Berpuasa pada bulan Ramadhan
5- Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Perkara-perkara tersebut merupakan asas binaan dalam Islam. Manakala penyempurnaan dan pelengkapnya ialah menerusi amalan wajib dan sunat lain. Ia menjadi seperti penghiasan bangunan. Dinyatakan dalam sebuah hadis bahawa Nabi Muhammad S.A.W. bersabda : 

Iman mempunyai 70 lebih cabang. Yang paling tinggi ucapan 'Tiada Tuhan melainkan Allah' dan yang paling rendah ialah membuang perkara yang menyakitkan di jalan.

Sesungguhnya, tiada guna amal tanpa iman sebagaimana tiada erti iman tanpa amal.


4) Tazkirah umum

Perbincangan seterusnya disambung dengan peringatan dan penyampaian tazkirah oleh Kak Juna sendiri dan sesama ahli usrah. Antaranya mengenai : 

- kepentingan menjalankan amanah yang dipertanggungjawabkan
- kepentingan menginagati mati; Sesungguhnya orang yang paling bijak itu ialah mereka yang sentiasa mengingati mati.

Ibnu Umar berkata: “Aku bersama Rasulullah, lalu seorang lelaki Ansar datang kepada Baginda mengucapkan salam lalu bertanya: Wahai Rasulullah. Manakah antara kaum mukminin yang paling utama? Baginda menjawab: Yang paling baik akhlaknya antara mereka. Dia bertanya lagi: Manakah di antara kaum mukminin yang paling cerdik?

“Baginda menjawab: Yang paling banyak mengingati kematian antara mereka dan paling bagus persiapannya selepas kematian. Mereka itu orang cerdik,” (Hadis Riwayat Imam Ibnu Majah) 

- Kepentingan mengambil wudhuk dengan betul; supaya mendapat khusyuk dalam solat
- Saranan solat berjemaah
- kepentingan berdoa untuk sahabat
- Berpuasa untuk menahan nafsu
- Istiqamah dalam setiap ibadat yang dilakukan. Niat mesti ikhlas kerana Allah S.W.T


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, ”Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air, seorang sahabat bertanya, “bagaimana menghapuskan karat tersebut’? Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

Pernah satu ketika seorang sahabat Rasulullah saw, Ibnu Masud didatangi oleh seorang lelaki yang raut wajahnya murung (berduka). Lalu lelaki itu berkata: "Wahai Ibnu Mas'ud, berikanlah kepadaku satu nasihat yang dapatku jadikan sebagai penawar untuk hatiku yang gelisah ini. Sejak akhir-akhir ini, perasaanku tidak begitu tenteram, jiwaku sentiasa gelisah, fikiranku juga selalu kusut. Aku tidak selera hendak makan, tidurku pun tidak lena."

Mendengar itu Ibnu Mas'ud terus berkata: "Sekiranya itulah penyakit yang menimpa jiwamu, maka hendaklah kamu bawa hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu , tempat orang membaca al Quran sama ada kamu membacanya atau kamu mendengarnya. Kedua, majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah dan ketiga, carilah tempat dan waktu yang sesuai supaya kamu dapat beribadat kepada Allah SWT dengan khusyuk dan tulus ikhlas."

Berikut merupakan sedikit sebanyak perkongsian usrah yang telah aku hadiri semalam. Semoga sama-sama  dapat memberi manfaat kepada kita semua. :)



" Ilmu tanpa amal itu umpama pokok tanpa buah "




Genggamlah dunia jangan biarkan dunia menggenggam diri mu. Kawallah nafsu mu dan jangan biarkan nafsu mengawalmu."


"Ya Allah Ya Tuhanku , sesungguhnya aku berlindung dengan-Mu daripada hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak didengari, dan daripada nafsu yang tidak puas serta ilmu yang tidak bermanfaat. Aku berlindung dengan-Mu daripada empat perkara itu."

Labels:



belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post