stand still
jangan marah :)
Posted on @10.4.12 with 0 cream.s
lidah sendiri lagikan tergigit, ini pula dengan orang-orang di sekeliling kita. aritu aku ada terasa hati dengan seorang teman. bukan nak mengadu domba, tapi aku agak tersentuh dengan kata-kata dia. syaitan hasut suruh aku hempas pintu tanda protes. tapi akal masih waras pujuk hati suruh tenang. aku masuk bilik, duduk atas katil, usha-usha laptop, buat-buat busy, ambil wudhuk dan terus ke surau. 

Marah adalah daripada syaitan sebagaimana disebut oleh nabi SAW: “Sesungguhnya kemarahan itu berasal daripada syaitan dan syaitan daripada api, dan api dapat dipadamkan dengan air. Apabila kamu sedang marah, hendaklah kamu berwudhu”.


HADIS TUMPUAN

Telah datang seorang pemuda menemui Rasul SAW, dan berkata kepada nabi SAW: Berilah pesan kepadaku. Berkata nabi SAW: Janganlah kamu marah. Lalu diulanginya beberapa kali: Janganlah kamu marah.

Ulama berselisih pendapat siapakah orang yang datang berjumpa nabi SAW. Terdapat dua pendapat:
1- Yang mengatakan beliau adalah Abu Darda’ berdalilkan satu hadis lain yang lebih kurang dengan hadis di atas dan ia diriwayatkan oleh Abu Darda’: Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga. Berkata nabi SAW: Janganlah kamu marah, bagimu syurga”.

2- Al-Qistallani dalam “Syarh al-Bukhari” menyebut orang tersebut ialah Jariah bin Qudamah, bapa saudara kepada Ahnaf bin Qais berdasarkan satu hadis yang telah diriwayatkan oleh beliau : Aku telah mendatangi nabi SAW dan berkata kepadanya: Sebutkan kepada saya satu pesanan, dan biarlah ia ringkas sahaja, agar mudah untuk aku mengingatinya. Maka berkata nabi SAW: Janganlah kamu marah. Aku berasa kurang puas hati lalu mengulangi pertanyaan yang sama. Tetapi nabi SAW tetap berkata: Janganlah kamu marah.

kadang-kadang kita perlu belajar bersabar dengan mereka-mereka yang suka bercakap tanpa tapisan ni sebab mungkin mereka-mereka ni masih kurang sensitiviti dalam menyelami hati sendiri dan hati orang lain. jadi salah satu perkara baru yang aku masih tekun belajar sekarang ialah; menahan marah. 

sini ada beberapa tips untuk menahan marah :

1- Berwudhu’ (atau mandi)
“Sesungguhnya kemarahan itu berasal daripada syaitan dan syaitan daripada api, dan api dapat dipadamkan dengan air. Apabila kamu sedang marah, hendaklah kamu berwudhu”.

2- Ubah posisi kedudukan: Jika berdiri, hendaklah duduk. Jika duduk, hendaklah baring. (berdasarkan anjuran nabi SAW)

3- Berzikir kepada Allah SWT: Barangsiapa yang ingat kepada-Ku ketika marah, nescaya aku ingat kepadanya ketika Aku marah, dan tidak akan aku hilangkan rahmat-Ku sebagaimana orang-orang yang Aku binasakan atau hilangkan rahmat-Nya.

4- Ingat kebaikan orang dan melupakan keburukannya. Juga ingat keburukan kita dan lupakan kebaikan yang kita lakukan.

6- Sentiasa berprasangka baik dan tidak merasakan diri kita lebih mulia berbanding orang yang kita marahi. “Janganlah kamu merendahkan satu kaum yang lain kerana boleh jadi ia lebih mulia berbanding kamu”.


Nabi Isa a.s. berkata kepada sepupunya Nabi Yahya a.s.: Saya akan mengajar kamu satu ilmu yang berguna iaitu jangan marah. Nabi Yahya a.s. bertanya: Bagaimana saya tidak aakn marah? Nabi Isa a.s. berkata: Bila ada orang yang mengatakan kesalahan kamu, maka katakan itu memang dosa saya tetapi saya tidak ingat dan kerananya saya memohon ampunan daripada Allah SWT. Dan jika ada orang mengatakan suatu perkara yang tidak dilakukanmu, maka bersyukurlah kepada Allah kerana orang tersebut telah membuat kebaikan kepadamu dengan menghinamu.

“Orang yang paling kuat kalangan kamu ialah orang yang dapat menahan dirinya ketika marah. Dan orang yang paling lembut ialah orang yang memberi kemaafan sedangkan beliau mampu untuk membalasnya”.


Imam al-Ghazali menyatakan beberapa sikap manusia:
1- Ada yang cepat marah tetapi cepat hilang marahnya
2- Ada yang lambat marah tetapi lambat hilang
3- Ada yang lambat marah tetapi cepat hilang. (Ini yang terbaik)
4- Ada yang cepat marah dan lambat hilang. (Ini yang terburuk)



Doa nabi SAW: 
Ya Allah, aku memohon kepada-Mu kalimah yang benar ketika aku sedang marah dan ketika redha.



# jangan marah-marah. nanti berkedut muka. senyum! :D


belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post