stand still
coretan. bukan bebelan.
Posted on @18.1.13 with 0 cream.s
rutin. aktiviti biasa yang dilakukan setiap hari. setiap masa atau mungkin setiap ketika. 

tahun sudah berganti. tumit kasut pon makin tinggi. bak kata kawan-kawan, 

"umur je meningkat, perangai masih di takuk lama. bila nak matang entah.?"

kalau diikutkan nada, siapa pun tak akan ambil kisah. tapi setiap kata tak akan lahir kalau bukan dari hati, kalau bukan otak yang kaji. tiba waktu lapang, saat hirup udara pekat malam, ada jugak rasional datang bertandang, sampai bila entah orang nak persoalkan tentang kematangan? penting ke kematangan sebagai satu kayu ukur aspek penilaian seorang insan? terpikir jugak aku kadang-kadang. walaupun tak sekerap mana. saja nak berlagak serius. dah 23 tahun lah katakan.

matang? entah. nak hurai panjang-panjang, definisi dia tetap tak sama. bergantung atas pandangan kaca mata mereka mereka, si pemikir tegar di sana, si petah berbicara di mana-mana. kalau nak korek makna menerusi kamus aku pulak, mudah saja. matang tak semestinya zahir sahaja, dalaman berperanan sama. teruja bermain buaian sambil nyanyi lagu Spongebob sorang-sorang dekat taman permainan tak semestinya tanda dia tak matang, kalau padahal niat dia cuma nak hilangkan tekanan lepas buat assignment 24 jam sehari semalam. lelaki perempuan leka berpacaran tanpa hirau pandangan sinis kiri kanan dengan cemburu tebal tanpa sempadan tak semestinya dah matang walau umur dah boleh masuk meminang.

ada seorang teman, definisi matang dia lagi mendalam. aku baca pun tersenyum sorang-sorang. dia kata,

"matang? mungkin aku tak tahu apa ertinya matang. tapi apa yang aku faham, seseorang akan bertindak dengan matang untuk tidak menyakiti orang yang menyakitinya dan cuba memahami situasi orang tersebut agar kita tak akan bertindank sama seperti dia".

itu definisi matang dia. sebab tu aku kata, matang tu jatuh atas definisi kefahaman individu itu sendiri. tak perlu sesakkan kepala. jalani rutin seperti biasa. perbaiki diri kita. kematangan akan terbina seiring dengan usia.

mengarang dan berfikir juga satu proses kematangan. tak perlu khuatir. nak jadi matang ada banyak jalan. 




belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post