stand still
cuci dosa
Posted on @9.3.13 with 0 cream.s
merdu azan
bingit alarm
dah enam setengah
usah lengah
bentang sejadah

niat dibaca
takbir diserta
qunut jangan lupa
ikhlaskan jiwa
buka mata

mentari merangkak malu
bayu sejuk menjentik kalbu
termenung gadis disitu
mengamati langit biru
teringat dosa dosa lalu

emak selalu pesan
jangan malas solat dhuha
moga dibuka pintu rezeki
moga dipermudahkan urusan
moga diampun dosa dosa semalam

setiap hari helaian yang baru
jangan takut untuk terus maju
kerana manusia sifatnya alpa
perbaiki diri bersihkan jiwa.


9Mac2013
10:30am



belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post