Those who believe (in the Oneness of Allah, and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.
Surah Ar-Ra’d [The Thunder], Verse 28
dah pukul 3 pagi. apa aku buat sampai tak tido lagi pun tak tau. yang aku tau esok kelas tetap mula pukul 8 pagi macam biasa walaupun aku tak tido lagi time ni. hurm.
akhir-akhir ni minat membaca aku mula bercambah-cambah la pulak. tak tahu la mana puncanya, waktu esaimen belambak ni jugak la aku nak meredah beli macam-macam jenis buku. setakat ni saje dah tiga buku aku beli. bila nak habis baca jangan cakap la, mungkin tahun depan pun belum tentu habis. sebab aku tau, aku ni bukan yang jenis konsisten sangat dalam pembacaan. biasanya bila aku dah stick dekat satu buku, baru aku akn bagi full attention nak habiskan. kalu tidak, berhabuk kat rak la jawabnya.
tapi siang tadi aku ada beli satu buku baru. menarik. macam menarik. baca baca sikit boleh stick lagi setakat ni. ada la perasaan nak baca bila tgok kaver orang kata. membuak buak la jugak dekat buku ni selain aku duk tatap hlovate je kan. tapi aku baru belek 3 muka surat je tadi, pastu tak sambung-sambung lagi. haih.
aku pernah berangan nak ada satu mini library kat rumah, dalam bilik aku. kalau nak decribe mini dalam konteks aku ni besar mana, mungkin satu dua rak je kot. haha. kira ok la tu kan, nak besar besar pergi pustaka awam la. kehkeh. koleksi buku aku takde la banyak sangat pon sebenarnya. ade la komik sikit, majalah sikit, novel sikit. gabung gabung nampak la macam tuan dia ade hobi membaca. konon konon la kan. sebenarnya aku rasa hobi aku bukan membaca kot, sebab aku macam memilih sikit dalam aspek pembacaan ni. selalunya aku less interested sikit dengan motivational books, instead aku pilih light reading as comic. memang tak masuk langsung dengan umur, aku tau.
sebab tu akhir akhir ni aku cuba tanamkan minat membaca, dengan membeli novel novel yang get into aku punya reading interest. aku jumpa satu buku yang menarik, awek chuck taylor tajuk dye. aku rasa aku dah jumpa pilihan yang betul kali ni. so aku nak balut buku ni cantik cantik sebab aku sayang buku buku yang aku minat. aku nak kumpul koleksi buku banyak banyak. lepas tu tunjuk kat anak cucu aku nanti dan kata kat dyeorg,
" tengok la koleksi buku nenek ni. nenek suka membaca time muda-muda dulu tau ". heh. konon.