Those who believe (in the Oneness of Allah, and whose hearts find rest in the remembrance of Allah, Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.
Surah Ar-Ra’d [The Thunder], Verse 28
Terpampang atas information board nama sekolah untuk praktikum pertama aku. Kelu. Kaku. Ini bukan kali pertama dengar nama sekolah ni.
"Aku nak suh maktab hantaq hampa kat sekolah panggas praktikum nanti. baru hampa tau camna. bla..bla.."
Itu antara cerita yang pernah masuk kat telinga aku. Tak termasuk saki baki kisah yang lain. Dan sekarang, nama sekolah tu jadi pertaruhan untuk sesi pengalaman pertama praktikum aku dan partner aku.
"Weh, panggas la. betoi ka ni?" "haa betoi la dh tulis kat situ. alaa redah ja laa"
"kita pi usha sekolah dulu la wey. kenai2 jalan senang sket" "wokey. tada hal."
***
"betoi ka ikut jalan ni weh?" "aku rasa betoi dah..ala nanti nampak la signboard tu" "aku rasa mcm ade something wrong ja ngan keta ni. tersedu sedu semacam ja ni.." "xpa2..dekat dh ngan sekolah ni.."
Nak dijadikan kisah, kereta berasap sesampai nya dalam kawasan sekolah. Nasib baik dah sampai. Kalau dibuatnya berasap waktu duk tepi bukit kat Chuping tu ke sape nak tolak. Haru pulak. Waktu sampai tu pulak dah tengah hari. Kami terjenguk-jenguk mencari kelibat manusia nak mintak tolong. Maklum la, bab enjin kereta ni 'fail' sikit. Bawak je reti. Memalukan betul.
"Assalamualaikum. Ade masalah ke cik?" tanya seorang pak cik guard.
"Ha pak cik. Kami dari bla bla bla...Datang nak jumpa bla bla bla...bla bla bla..kereta rosakkk la pulak..bla bla bla.."
"Awat ni, ada masalah ka?" tanya seorang lelaki sebaik keluar dari kantin sekolah. "Eh, awat ni? Dari mana?" tanya pula seorang lelaki-tegap-tinggi yang memakai name tag ala cikgu. "Awat? Huh? Wei meh sini! Jom jom tengok!" kedengaran pulak suara-suara beberapa orang budak yang kecoh seperti baru menjumpai telur dinasour di belakang tandas sekolah.
Selepas hampir 15 minit kereta dibelek dan dikelebek akhirnya kata putus dia kena panggil pomen kampung sebab wayar-apekebenda-nama-tah putus. Dan kami menunggu hingga hampir pukul 4.00 petang sehingga kereta siap dibaiki sambil menghabiskan masa berbual dengan budak-budak sekolah yang kecoh tadi dengan mendengar pelbagai cerita ala ala penglipur lara, bermain teka teki dan games yang mengarut. Terus satu ikatan yang kamceng-gitu terbina dengan tidak disangka-sangka.
"Cikgu! xsabaq nak jumpa isnin lepas cuti nanti. Datang sekolah kami yek!"
Tirai ceritera praktikum satu akhirnya dibuka.