stand still
2014
Posted on @8.1.14 with 0 cream.s
tahun baru. ye dah masuk tahun baru. orang kata bila dah tahun baru azam pon kena baru.tapi aku sendiri tak pasti apa kerasionalannya kalau setakat azam semata tanpa berusaha realisasikannya. budak budak sekarang terlalu dimomokkan dengan teknologi. facebook, twitter, instagram. medan sosial bersepah. duduk dalam bilik satu hari pon tak kisah asal ada internet. budak sekarang nak main bola tak turun padang pon takpe, main online je katanya. aku dulu tiap petang lukis bulatan atas tanah padahal nak main guli je. dah tu apa kaitan guli dengan tahun baru? aku pon tak tahu.cuma nak highlight kat sini yang aku tak berkenan mana dengan budak budak yang ade laman sosial ni. lebih lebih lagi budak sekolah rendah. cakap merepek repek. macam mana budak budak ni nak fokus kat sekolah kalau kecik kecik dah terdedah dengan segala macam benda di laman sosial. semangat pulak aku berdebat. ok sudah. malas nak layan.

***

perkara pertama moral value tahun baru yang aku belajar ialah toleransi. tolak ansur. bukan semua orang mampu bertolak ansur. mampu senyum dengan penuh riang bila ditegur. ada satu kisah. pasal seorang gadis. yang telah membuka kotak pemikiran aku tentang definasi tolak ansur yang agak jujur. dia tidak memberontak. tidak juga mengeluarkan kata kesat. bilamana hidup dia diperkotak kotak. nasib kurang menyebelahi dia. namun dia masih terima dengan terbuka. waktu berjalan. dan dia masih tabah mengawal perasaan. aku memerhati. dan meneliti. apakah langkah dia untuk menyatakan pendirian. namun suasana masih kelam. lalu aku buat keputusan. biar aku yang amencari solusi, untuk merungkai segala kekusutan. penyelesaian disepakati dan dia tersenyum penuh suci. mungkin bersyukur doa didengari. aku juga rasa lega. kerana sebab kesabaran dia, aku juga mampu belajar untuk menerima. mampu mencerna minda. bahawa bukan semua masalah mesti dicanang. bahawa setiap masalah bukan alasan. untuk berduka memendam perasaan. aku ambil kisah ini sebagai pengajaran. untuk membentuk diri menjadi semakin matang. belajar menjadi seorang insan.terima kasih kawan.

***


belongs to eiyda.
Older Post | Newer Post